Friday, 28 October 2011

UNTAARID EDYSY KEDUA (:

holla! masih ingatkah kalian tentang post saya yang terdahulu? post yang memperkotak katik (nasir jangan terasa) tentang kehebatan ahli ahli untarid yang berjaya terpilih sebagai penghuni kelas berpuaka.? jika kalian tidak menghidap penyakit amnesia, pasti kalian masih ingat. tahukah kalian bahawa pelbagai onak duri yang harus ditempuhi semasa mereka memohon utk menjadi ahli untarid. ada yang tewas, ada yang kecundang. namun 29 orang ini berjaya ke puncak dgn mudahnya dgn kehebatan masing masing. air mata kesyukuran mencucuri pipi mereka apabila nama mereka diumumkan terpilih sebagai ahli untarid. HAFIDZ seorang anak jati kuala lumpur terus sujud syukur apabila namanya diumumkan. HASYIM pula terus mengadakan kenduri kesyukuran dgn menyembelih lembu seekor walaupun ahli keluarganya merasakan dia la yang patut disembelih. kita sambung dengan profil profil ahli untarid yang dicemburui ramai ini.


taraaaa.ini adalah ketua untarid pada tahun ini. ini lah dia anak jati cameron highland. Jejaka yang mempunyai alis mata yang menawan ini bernama HASYIM atau nama timangannya POPO. kehebatan beliau mempunyai hati yang cekal. kutukla apa sahaja. namun, dia akan buat dont know sahaja. hebat kan? pernah menjuarai pertandingan wrestling selama 3 tahun berturut turut. beliau turut dikatakan seorang yang pandai mengambil kesempatan. belia berjaya merampas takhta RAJA CAPAB dalam jawatan ketua kelas semasa RAJA CAPAB terlibat dalam KES 12. pernah cuba merampas gelaran SLEEPING BEAUTY dari ameer, namun gagal. Jejaka bermata kuyu di sebelahnya pula adalah KHAIRUL ARIFFIN @ IPEN. menjadikan aktres bollywood terkenal iaitu SALMAN KHAN sebagai idolanya, jejaka ini tanpa mengenal erti penat lelah tekun mencari cinta sejatinya sehingga digelar SANG ARJUNA. mempunya kehebatan persis AMEER iaitu mampu tidur dalam semua kelas. namun arjuna ini mampu tidur dalam keadaan duduk ibarat burung punai di hening malam.

ya! gadis ayu berwajah mulus yang memakai baju sekolah ini adalah ZIANA MAJID. walaupun tidak mempunyai vokal tinggi seperti ziana zain namun gemersik suaranya saja boleh didengari oleh seluruh  warga seratas. kehebatannya terserlah apabila mempunyai rekod jenayah yang banyak. awas! gadis kecil molek ini amat gemar sparring! antara lawan2 nya adalah seperti kakak dm, nabihah, dan iliani! namun jiwanya lembut. pernah meratap apabila dibaling pemadam oleh papandoi yang sedang bertapa. pernah menjawat jawatan sebagai engineer dorm bersama rakannya umi. disebelahnya adalh UMI SHAHIRA. berjaya merebut hati NAZREN sehinggakan nazren terus meninggalkan kekasih hatinya yang cantik jelita iaitu LISAWATI SAINAWI a.k.a saya. kehebatannya adalah mampu duduk di bilik sakit seberapa lama yang dia mahu. malahan, bilik sakit itu telah dianggap sebagai kepunyaan abahnya. pernah menjawat jawatan sebagai engineer dorm sebelum dinaikkan pangkat menjadi engineer bilik sakit.


lihat saja gambar ini sudah tahu kehebatan IRLINA JAZLIN. berhati kering namun jgn carik pasal dgn dia. pernah digelar PENJENAYAH kerana kebengisan nya apabila mengamuk. igtkah anda pada nasib seorang penolong ketua kelas yang dimusuhinya dulu. namun di sebalik kegarangan beliau, dia seorang yang sgt pengemas dan baik hati. terbaik la i.r. owh dia juga sudah mendapat gelaran i.r ketika berusia 16 tahun.

hahahhaa. cantik tertarik menarik kau mmg da bomb. ini dia. SITI NURADILA EDRUS @ACIP!! sering menjadi topik perbualan ahli ahli untarid yang lain. pernah dikatakan menjalinkan hubungan dgn POPO,AMEER DAN IMRAN. kehebatannya adalah mampu menarikan semua jenis tarian k pop ala ala wondergirl. pernah berhasrat ingin mnjadi ahli wondergirl. gadis cantik di tengah adalah ELYKHA ZAINAL. kehebatannya adalah boleh berdiri di tengah2 iliani dan achip! tahniah. di sebelah nya pula adalah PRIMADONA NURILIANI ALIAS!. satu satunya ahli yang berani bermusuhan dgn ziana dan juga irlina. jangan pandang rendah terhadapnya, suara dan ketawanya yang mengilai mampu membuat bulu roma meremang :)

anak dara sunti ini diberi nama ANIESHA NADJWA. seorang ank hartawan yang dermawan dah berhati  mulia. menjadi igauan oleh ramai lelaki tidak kira bangsa dan kelas. turut menjadi dambaan RAJA CAPAB. dahulunya beliau menggunakan kekuatan gigi besinya untuk dijadikan modal agar terpilih sebagai ahli untarid. dikatakan mempunyai hubungan intim bersama jejaka besi dari kelas KEKORA. pasangan besi :). aniesha juga adalah salah seorang yang cuba merampas takhta ameer namun gagal. AMEER masih mengungguli carta.


ahli yang seterusnya adalah FARHANA SAIDIN. kehebatannya sama seperti elykha. mampu berdiri didepan iliani dan achip. wanita petama ya mampu mggetarkan hati lelaki bernama AWANG ini amat gemar mengemas. jika marah, kebiasaannya akan menggunakan bahasa ibundanya. ayu berbaju oren adalah RAJA NURAIN NAILAH. kedaulatnnya sendiri diakui oleh cikgu rogayah yang sering mmgilnya yang mulia raja nurain nailah. kerabat diraja ini diterima mnjadi ahli kerana selalu makan malam bersama RAJA TUN AZLAN SHAH.

di sebelah kanan azli azam adalah HAFIDZ! dicemburui semua jejaka untarid atas kerajinan beliau menggapai bintang di awan nano. berhidung mancung dan tinggi lampai. air yang tenang jgn disangka tiada buaya. insan yang kelihatan pendiam ini mampu mengeluarkan ayat ibarat sembilu yng menikam kalbu ketika melaser. pantas efisien dan laju. itulah prinsip hidupnya. pengasas penyakit t.b sebelum farhan merampas virus terkenal itu.menjadikan ibnu khaldun sebagai idola, jejaka ini terus berusaha mengejar kejayaan.:)

ini dia.. hotsetap untarid. mampu membuat mana mana lelaki tertarik. dengan jelingannya sahaja, 10 lelaki sanggup terjun dari jambatan pulau pinang demi menagih cintanya. beliau mengakui status dirinya janda berhias. namun telah diketahui ramai bahawa didalam hati pemilik bernama NAJAA MASTURA terlah pun dimiliki lelaki dari kelas SURIA. pernah dikatakan meminati SYAUQI AHMAD kerana huruf S.A yang terpahat di pencilcase nya...



sebagai planet yang terdekat dgn matahari, ahli ahli utarid sedar akan keHOTan mereka. ramai yang mencemburui mereka dan ingin mencabar kehebatan mereka walaupun sudah terang lagi bersuluh kehebatan kami tidak mampu ditandingi. utk pengetahuan kalian, kehebatan kehebatan mereka akan digabungkan ketika pertarungan bersama 10 subjek di dewan besar pada 14 november 2011. siapa yang mng? tunggu sahaja bulan 3 tahun hadapan. segala mohon dan ampun jika ada yang mngambil serius terhadap post ini. i love you guys UTARIDIIAN. thanks for the amazing 2 years with all of you. GOOD LUCK SPM. fight together okay? muaah. sekian :)


T.H.E E.N.D


1 comment: